Minggu 4


Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

Memilih Bahan Sastera


Bahan Sastera: Sajak

BUNGA SIRIH UNTUK GURU

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

 
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu




Sumber: http://panitiabmskjp.blogspot.com/2011/11/bunga-sirih-untuk-guru.html

Kumpulan Sasaran: Tahun 4

Papan Cerita:
Langkah
Penjelasan
1
Murid diminta menyatakan perasaan mereka terhadap guru yang mreka sukai.
2
Guru memberikan teks puisi “Bunga Sirih untuk Guru” kepada murid.
3
Guru mendeklamasikan puisi tersebut.
4
Murid mendeklamasikan puisi tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya.
5
Murid menyenaraikan kata nama yang terdapat dalam puisi tersebut.
6
Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.


Memilih Bahan Tatabahasa


Bahan Tatabahasa: Kata Hubung


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
kerana         sementara         sambil         tetapi         lalu         agar         sejak
1.     Syakifi berdiri ______________menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2.     Ibu mencedok sambal _________________abang membungkus nasi lemak.
3.     William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.     Natasha suka makan ayam goreng _________________ tidak suka makan sayur.
5.     Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.     Kita mestilah menjaga kebersihan _____________ kesihatan kita terjamin.
7.     Encik Steven cacat penglihatan _______________ terlibat dalam kemalangan.




Sumber:http://bmlatihan.blogspot.com/2011/10/bm-latihan-tahun-3-kata-hubung.html

Kumpulan Sasaran: Tahun 2


Papan Cerita:
Langkah
Penerangan
1
Guru menjelaskan tentang kata hubung kepada murid-murid.
2
Guru memberi teks “Keluarga Amin” kepada murid-murid.
3
Murid membaca teks tersebut.
4
Murid diminta menggariskan kata hubung yang terdapat dalam teks tersebut.
5
Guru memberi latihan kata hubung kepada murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka.



Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain


Bidang Ilmu Lain: Kajian Tempatan
Tema: Pencemaran


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=txciI738z9k

Kumpulan Sasaran: Tahun 5

Papan Cerita:
Langkah
Penjelasan
1
Guru memaparkan video “Pencemaran” sebagai set induksi.
2
Guru memberikan teks “Pencemaran Udara”.
3
Murid membaca teks dengan sebutan yang betul.
4
Murid bersoal jawab berdasarkan teks yang dibaca.
5
Murid menulis karangan pendek yang bertajuk “Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara”.

0 ulasan:

Post a Comment